Langkau ke kandungan utama

16 Oktober 2025, MBPG mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil sebagai Datuk Bandar Pasir Gudang yang baharu, serta Encik Ezlan Farid bin Mohd Said selaku Setiausaha MBPG.

Dalam sesi pengenalan yang diadakan hari ini, Datuk Bandar telah beramah mesra bersama barisan Pengarah Jabatan MBPG sambil meninjau secara ringkas carta organisasi serta peranan utama setiap jabatan dalam memastikan keberkesanan tadbir urus bandar raya.

MBPG merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada kedua-dua peneraju baharu ini dalam meneruskan kecemerlangan pentadbiran serta perkhidmatan kepada warga Pasir Gudang.

LAPOR DIRI DATIN PADUKA DAN SU MBPG THUMBNAIL