Langkau ke kandungan utama

9 Ogos 2025 , Telah berlangsung tadi dengan jayanya Program Seminar Skuad Antidadah Tahun 2025 anjuran bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Johor dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang bertempat di Dewan TMIYC Pasir Gudang.

Program ini menjadi platform perkongsian ilmu, kesedaran, dan kolaborasi komuniti dalam memperkukuh usaha memerangi penyalahgunaan dadah demi kesejahteraan masyarakat.

Seramai 204 orang peserta hadir, terdiri daripada Ahli SKUAD Antidadah Daerah, ABIM, UiTM Pasir Gudang, ILP, Kolej Komuniti Pasir Gudang, Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Vokasional, pelajar Tingkatan Enam Daerah Pasir Gudang, PEMADAM Negeri Johor, Persatuan Belia 4B dan belia setempat.

Turut hadir Yang Berbahagia Tuan Haji Ishak bin Mohd Yusoff Ahli Majlis Zon Cendana.

Semoga usaha ini dapat memberi inspirasi dan menyemarakkan lagi komitmen semua pihak dalam membanteras gejala dadah di Pasir Gudang.

PROGRAM AADK THUMBNAIL