Langkau ke kandungan utama

18/12/2021 | YB Dato’ Asman Shah bin Abd. Rahman, Datuk Bandar MBPG telah hadir ke sesi Townhall Datuk Bandar Menyantuni Komuniti Pasir Gudang Kali ke-2 tahun 2021 di Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang.

Dalam sesi Townhall ini, Datuk Bandar telah membuat taklimat berkaitan hala tuju Pasir Gudang pada tahun 2022. Selain itu, beliau turut memaklumkan status projek-projek yang telah siap dan yang sedang dijalankan di semua zon-zon.

Ketua Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan En Nurazam bin Razali, dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Johor turut memberi taklimat berkaitan kesedaran undang-undang dan Johor Bahru Sifar Jangkitan HIV menjelang tahun 2030.

Sesi Townhall ini juga telah memberi peluang interaksi dua (2) hala diantara penduduk dan Datuk Bandar bagi membincangkan isu-isu yang diutarakan oleh penduduk di setiap zon. Pelbagai permasalahan yang disampaikan oleh penduduk seperti jalan raya, lampu jalan, pencemaran sungai dan lain-lain telah diperincikan oleh Datuk Bandar dan Ketua-Ketua Jabatan MBPG untuk status dan tindakan yang akan diambil.

Beberapa agensi turut hadir dalam sesi Townhall tersebut bagi menjawab dan menjelaska persoalan-persoalan dari penduduk. Diantaranya ialah Pejabat Kesihatan Daerah Johot Bahru, IPD Seri Alam, Jabatan Alam Sekitar, IWK dan SWCorp.

Semoga dengan adanya sesi Townhall ini dapat memberi peluang kepada penduduk untuk berinteraksi secara terus dengan pihak Pengurusan MBPG dalam satu medium yang lebih mesra untuk memberi penjelasan berkaitan perkhidmatan perbandaran.

img