Langkau ke kandungan utama

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat menyempurnakan Pengisytiharan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di Menara Aqabah, Pasir Gudang, hari ini (9 Disember).

Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Pada majlis itu, Baginda Tuanku Sultan turut berkenan menyaksikan penyerahan suratcara oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kepada Menteri Besar Johor, Dato’ Hasni Mohammad sebelum DYMM Sultan Johor membacakan titah pengisytiharan.

Hadir sama, Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Dato’ Abdul Rahim Ramli; Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Azmi Rohani dan Datuk Bandar MBPG, Dato’ Asman Shah Abd Rahman.

Terdahulu, DYMM Sultan Johor turut berkenan merasmikan dan melawat Galeri Bandaraya Pasir Gudang.

img