Langkau ke kandungan utama

24 November 2026, Alhamdulillah, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) sekali lagi melakar pencapaian membanggakan apabila Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Pasir Gudang berjaya meraih dua pengiktirafan sempena Anugerah Masjid, Surau dan Kubur Johor Cemerlang Tahun 2026.

Dua pengiktirafan yang diterima ialah: 

1. JOHAN – Anugerah Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Cemerlang Peringkat Daerah Tahun 2026. 

2. ANUGERAH KHAS – Anugerah Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Cemerlang Peringkat Negeri Johor Tahun 2026.

Kedua-dua anugerah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor kepada Yang Berbahagia Encik Ezlan Farid bin Mohd Said, Setiausaha MBPG.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan MBPG dalam memastikan pengurusan Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Pasir Gudang dilaksanakan secara sistematik, teratur dan berkualiti, meliputi aspek penyelenggaraan, kemudahan, kebersihan, landskap serta tadbir urus yang cekap.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jabatan Kesejahteraan Komuniti dan Pelancongan, khususnya Unit Pengurusan Tanah Perkuburan Islam, seluruh warga kerja MBPG serta Para Sukarelawan atas usaha dan komitmen yang menyumbang kepada kejayaan ini.

Dua Pengiktirafan, Satu Kebanggaan – Bukti Komitmen MBPG Terhadap Pengurusan Berkualiti!

PENGIKTIRAFAN PENGURUSAN KUBUR MBPG