MENU
 
        

SIMBOL-SIMBOL YANG TERTERA DALAM BENDERA RASMI MENJELASKAN MENGENAI CIRI-CIRI UTAMA MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG (MBPG)

  • Rasional Bendera Majlis Bandaraya Pasir Gudang

    Simbol-simbol yang terdapat pada bendera rasmi ini melambangkan MBPG adalah organisasi yang bertanggungjawab dan mempunyai peranan penting sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan pembangunan Pasir Gudang yang dijelaskan seperti berikut:

  • Jalur Berwarna Merah

    Warna identiti bendera Negeri Johor dan melambangkan keberanian yang tinggi serta ketabahan dalam mendepani setiap cabaran.

  • Jalur Berwarna Putih

    Mencerminkan imej bersih dan amalan budaya kerja berintegriti yang sentiasa dipraktikkan oleh seluruh warga kerja MBPG.

  • Jalur Berwarna Biru

    Melambangkan MBPG berada di dalam pentadbiran Negeri Johor yang mendukung segala hasrat murni kerajaan.

  • Logo Dynamic

    Membawa maksud penjenamaan MBPG sebagai Bandaraya industri dan pelabuhan yang berdaya maju, energetik dan sentiasa membawa pembaharuan dalam menyokong pentadbiran Pasir Gudang.

  • Jata MBPG

    Melambangkan organisasi yang bertanggungjawab dan mempunyai peranan penting sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap pentadbiran dan pembangunan Pasir Gudang.