Langkau ke kandungan utama

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang dahulunya dikenali sebangai MPPG telah ditubuhkan pada 1 Julai 2008 di bawah Seksyen 3, Akta Kerajaaan Tempatan, 1976 (Akta 171). Kawasan tadbiran MBPG berkeluasan 311 kilometer persegi (31,132 hektar) yang meliputi Mukim Tiram dan sebahagian Mukim Plentong.

Sejarah penubuhannya bermula pada 1 Julai 1977 melalui Pengisytiharan Warta Kerajaan Negeri Johor Jil.21 Bil 4, J.P.U. 10 bertarikh 17 Februari 1977 di bawah seksyen 3, Enakmen Lembaga Bandaran (Bil 118).

Berkuatkuasa pada tarikh yang sama, Johor Corporation (dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor-PKENJ) telah dilantik sebagai Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) bagi mentadbir dan memajukan kawasan pentadbiran dibawah Seksyen 150, Enakmen Lembaga Bandaran.

Mulai 1 Julai 1985, Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju PBT Pasir Gudang ditadbir di bawah Seksyen 7, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171) menggantikan penggunaan Enakmen Lembaga Bandaran 1937 (Bil 118).

Johor Corporation telah diamanahkan oleh Kerajaan Negeri untuk mentadbir PBT Pasir Gudang mengikut tempoh-tempoh pentadbiran yang telah diluluskan sehingga 31 tahun lamanya iaitu dari 1 Julai 1977 hingga 30 Jun 2009.

Apabila PBT Pasir Gudang telah memenuhi semua kriteria sebagai sebuah Majlis Perbandaran, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah ditubuhkan pada 1 Julai 2008 di bawah Seksyen 3, Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171).

Dua orang pegawai Johor Corporation telah dipinjamkan sebagai Yang DiPertua dan Setiausaha MPPG bagi mentadbir MPPG, iaitu Tuan Haji Lukman Bin Haji Abu Bakar, Pengurus Besar Kanan Johor Corporation telah dilantik sebagai Yang DiPertua dan Encik Mohamad Mazlan Bin Ali, Timbalan Pengurus Besar Johor Corporation dilantik sebagai Setiausaha MPPG.

Mulai 1 September 2009 tampuk pengurusan MPPG berhijrah ke era baru apabila Kerajaan Negeri mengambil alih sepenuhnya pentadbiran MPPG dengan menempatkan dua orang Pegawai Tadbir Negeri Johor iaitu Tuan Haji A. Rahim Bin Nin sebagai Yang DiPertua dan Encik Za'nal Bin Haji Misran sebagai Setiausaha bagi mentadbirkan MPPG.

Selaras dengan penubuhan MPPG, maka perlantikan ahli-ahli majlis telah dibuat pada 1 Julai 2008 yang meliputi 24 zon. Peranan ahli majlis adalah sebagai penghubung di antara masyarakat setempat dengan pengurusan MPPG.

BilLokasi/KawasanKeluasan Kawasan 
& Kelulusan Kerajaan
1Kawasan Asal  
(10 Oktober 1973)
2,525.58 hektar (6,240.83 ekar)  
R/M 1476/73
2Tambahan Pertama  
(28 Mac 1984) 
Sebelah Timur Kawasan Asal  
843.15 hektar (493.39 ekar)  
R/M 275/84 
3Tambahan Kedua  
(24 April 1989) 

Kawasan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ)  
199.67 hektar (493.39 ekar)  
R/M 318/89

Ladang Keck Seng(Tg Puteri Resort)  
797.85 hektar (1,971.53 ekar)  
R/M 318/89 PW 1931 

4Tambahan Ketiga  
(22 Ogos 1990)
Taman Pasir Putih  
273.38 hektar (657.54 ekar)  
R/M 779/90  

Ladang Quatari  
405 hektar (1,000.77 ekar)  
R/M 779/90 
5Tambahan Keempat  
(20 Januari 1994)
Tanjung Langsat  
1,719.93 hektar (4,250 ekar)  
R/M 211/94 
6Tambahan Kelima  
(27 November 1996)
Sekitar Tanjung Langsat  
2,529 hektar (6,250 ekar)  
R/M 1734/96 
7Tambahan Keenam  
(1 Julai 2002)
Kampung Pasir Putih,  
Taman Nusa Damai, Sebahagian Kota Masai  
dan Tanah Rezab Telekom  
1,658.24 hektar
8Tambahan Ketujuh  
(1 Januari 2003)
Taman Flora Height  
36 hektar  
R/M 2306/2002 
9Tambahan Kelapan  
(14 Januari 2004)
Kawasan Mukim Sungai Tiram
10
Tambahan Kesembilan
(1 Januari 2016)
Masai, Sebahagian Taman Rinting dan Seri Alam
1523 hektar (Sultan Iskandar Dams submit to MBJB)