MENU

1/1/2023 Satu tarikan baru di Pasir Gudang sedang dimulakan oleh Komuniti Masai diketuai oleh Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang kawasan Masai iaitu En Madyasir bin Basir bagi mempromosi Pekan Masai sebagai sebuah pekan tertua di daerah Johor Bahru. Projek bersama komuniti tempatan ini dengan harapan dapat berkongsi sejarah perkembangan Pekan Masai dan seterusnya menjadi sumber tarikan ekonomi terbaru kepada warganya.

Majlis perasmian aktiviti ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar Pasir Gudang. Yang mana usaha ini disokong sebagai langkah rejuvinasi Pekan Masai.

Turut hadir bersama adalah Ketua Kampung Baru Masai serta komuniti tempatan.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang