MENU

14/4/2021 YB Dato’ Asman Shah Bin Abd Rahman, Datuk Bandar Pasir Gudang hadir ke Bazar Ramadan Jalan Sena, Taman Rinting bagi memantau pematuhan SOP dikalangan peniaga dan pengunjung bazar Ramadan. Turut hadir En Mohamad Farid bin Abd Razak, Ahli Majlis zon Rinting 1&2.

Dalam lawatan tersebut, beberapa cadangan telah diberikan kepada ahli majlis zon tersebut bagi membuat penambahbaikan, ianya bukan sekadar di bazar taman rinting, akan tetapi di semua bazar ramadan sekitar Pasir Gudang.

Orang awam yang hadir dinasihatkan untuk mematuhi SOP iaitu mengimbas suhu badan, mengimbas kod MySejahtera, menggunakan hand sanitizer dan sentiasa memakai pelitup muka. Warga emas dan kanak-kanak bawah umur tidak digalakkan untuk hadir.

Dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan, kita sama-sama dapat mencegah penularan wabak Covid 19 dan seterusnya bagi memastikan bazar dapat dilaksanakan sepaniang bulan Ramadan.

#patuhiSOP

#kitajagakita