Langkau ke kandungan utama

28/5/2023 Majlis Angkat Sumpah jawatan Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang baru telah berlangsung pada hari ini di hadapan Yang Berhormat Dato’ Asman Shah bin Abd. Rahman, Datuk Bandar MBPG bertempat di Ballroom Cempaka Jingga Aras 3, Menara Aqabah.

En. Abdul Malek bin Mohamed, 57 tahun, telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha bagi menggantikan YBhg. Tn. Hj. Mohd Yusof bin Abd Wahab yang telah mencapai umur persaraan wajib.

Beliau memulakan kerjaya di Perbadanan Kemajuan Ekonomi negeri Johor mulai tahun 1990 dan kemudianya telah dipinjamkan ke Pihak berkuasa Tempatan Pasir Gudang pada Tahun 2003 sehingga kini. Beliau yang telah berkhidmat hampir 33 tahun sebelum ini merupakan Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha MBPG yang ke-3 berkuatkuasa 15 mei 2023. Majlis yang berlangsung turut disaksikan oleh Ketua Whip dan ahli-ahli majlis MBPG serta Ketua-ketua Jabatan, Bahagian dan Unit MBPG yang lain.

MBPG merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau dan semoga dengan pelantikan ini akan mendorong beliau untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang, berdedikasi dan bermutu tinggi dalam memastikan MBPG terus relevan dan berdaya saing.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

image