MENU

24/4/2021 Datuk Bandar MBPG, YB Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman hadir ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Komuniti Zon Bukit Dahlia yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk Zon Bukit Dahlia di Surau Al-Hafiz.

Dalam majlis tersebut Datuk Bandar telah menyampaikan bantuan dari Yayasan Pasir Gudang kepada 24 penerima yang layak yang terdiri daripada komuniti setempat. Bantuan berbentuk wang tunai RM 50 dan barangan keperluan asas telah diberikan bagi setiap seorang.

Turut hadir dalam majlis tersebut YBhg. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Yayasan Pasir Gudang, Tn Hj Baharudin bin Mohamed Taib, Ketua Whip MBPG, Ahli-ahli Majlis MBPG, Pengerusi Surau Al-hafiz, Tn Setiausaha, Ketua Kampung dan JKPZ Zon Bukit Dahlia.