Langkau ke kandungan utama

22/05/2022 Majlis Lentera Aidilfitri MBPG Bersama ADUN Permas dan Tiram 2022 telah berlangsung pada hari ini bertempat di Stadium Tertutup Bandaraya Pasir Gudang.

Orang ramai mula hadir sejak dari jam 9.30 pagi dan berakhir kira-kira pada jam 2.00 petang.

Turut diraikan pada majlis ini adalah warga kerja MBPG yang telah terpilih bagi mengerjakan Ibadah Haji bagi tahun 1443 Hijriah.

YB Datuk Bandar MBPG bersama YB Adun Permas telah berkesempatan menyempurnakan Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Sinari Ramadan Ku 2022 antara 24 Zon Ahli Majlis. Tahniah kepada semua yang telah berjaya.

Manakala kepada bakal haji dan hajah didoakan semoga memperoleh haji yang mabrur, Saie yang disyukuri serta didoakan lancar dan selamat perjalanan pergi dan baliknya.

#majlisbandarayapasirgudang

#DynamicPasirGudang

img