Langkau ke kandungan utama

4/7/2021| Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) melalui Jabatan Undang-Undang & Penguatkuasaan bersama agensi kerajaan yang berkaitan seperti pihak PDRM, dan KKM hari ini telah melaksanakan Operasi Bersepadu Pemantauan Pematuhan SOP PKP 3.0 di kawasan Seri Alam. Diantara lain adalah bagi memantau dan memastikan supaya premis-premis yang dibenarkan beroperasi pada waktu PKP ini mematuhi syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

MBPG dan agensi yang terlibat akan terus melaksanakan operasi seumpama ini dari semasa ke semasa terhadap semua sektor di bawah pentadbiran Bandaraya Pasir Gudang bagi memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi

dan PKP yang dilaksanakan berjaya mencapai matlamat perlaksanaannya dimana seterusnya dapat bersama-sama memutuskan rantaian Pandemik Covid-19 ini.

#patuhisop #kitajagakita #kuarantinkendiri #kitabebascovid #staysafe #patuhiSOP