MENU

4/7/2021       MBPG melalui Jabatan Kesihatan Awam Dan Persekitaran semalam selesai melaksanakan kerja-kerja sanitasi awam khusus di beberapa kawasan perkedaian seperti berikut :

i)    Perkedaian Taman Cahaya Masai di Jalan Intan 12 & 13
ii)    Perkedaian Taman Desa Rakyat di Jalan Persiaran Desa Rakyat & Kebayan Desa Rakyat
iii)    Perkedaian Cahaya Baru Halal Park
iv)    Kebayan Kampung Kopok

MBPG merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengusaha premis yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang sanitasi awam dilaksanakan.

Kerja-kerja sanitasi akan terus diperluas mengikut jadual yang telah diatur khusus di kawasan tumpuan ramai secara berkala bagi memastikan bertujuan mengawal penularan Covid-19. 

Peniaga dan orang ramai dinasihati untuk terus bersama-sama mematuhi SOP  dan mengamalkan 7M :

i)    Masuk & Keluar Premis Mengikut Laluan
ii)    Memakai Pelitup Muka
iii)    Mengimbas Suhu
iv)    Mengimbas Kod QR MySejahtera
v)    Menjaga Jarak Fizikal
vi)    Mengamalkan Kebersihan Diri 
vii)    Mendaftar dan Melengkapkan Vaksinasi