Langkau ke kandungan utama

Majlis Bandaraya Pasir Gudang melalui Bahagian Pembangunan Masyarakat telah menganjurkan Pertandingan Player Unknown’s Battle Grounds (PUBG) Mobile Peringkat Pasir Gudang 2023 pada 11 Mac 2023 bertempat di Atrium Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.

Pertandingan ini diuruskan oleh Ezport Management Services dengan kerjasama Egamesport.Asia dan Kelab Sukan Elektronik Empayar Selatan (SEEC) dengan mendapat penyertaan dari 32 pasukan daripada penduduk sekitar Pasir Gudang.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Haslina binti Hassan Ketua Bahagian Pembangunan Masyarakat selaku wakil Rasmi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Turut dihadiri En. Shahrilnizam Omar Presiden Johor Darul Ta’zim Esports Association (JDTEA).

Berikut adalah senarai pemenang:

1. Johan RM2500.00

–ATY ESPORT

2. Naib Johan RM1500.00

– D3U SILENCE

3. Ketiga RM800.00

– DX KEPADUAN

4. Keempat RM500.00

– SME ALLSTAR

5. Kelima RM400.00

– EVILDEAD FUTE

6. Keenam RM300.00

– LOCO ESPORT

7. Ketujuh RM200.00

– TEAM BEKU

8. Kelapan RM150.00

– FTSLR VAMPIRE

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

#bandarrayaindustridanpelabuhan

img