Langkau ke kandungan utama

26/2/2023, Jabatan Kesihatan Awam dan Persekitaran MBPG dengan kerjasama wakil penduduk telah melaksanakan Program Gotong-Royong Sempena Johor Bersih 2.0 di Jalan Cendana 11, Taman Cendana.

Turut hadir Yang Berhormat Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Encik Mohd Hafiz bin Aliman, Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang,. Seramai 50 orang peserta telah hadir menyertai aktiviti tersebut.

Objektif perlaksanaan program ini adalah untuk menyuntik semangat dan menyemai kesedaran kepada orang awam untuk sentiasa cakna dengan kebersihan persekitaran kawasan rumah mereka dengan melakukan kerja-kerja pembersihan.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memastikan kawasan tempat tinggal bebas daripada sebarang pembiakan haiwan perosak dan serangga terutama sekali nyamuk aedes.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

img