Langkau ke kandungan utama

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) telah menganjurkan Program Majlis Mesra Industri 2022 dengan jayanya pada 16 Mei 2022 yang lalu bertempat di D’Elegance Grand Hotel, Bandar Seri Alam, Masai.

Yang Berhormat Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, Datuk Bandar MBPG telah hadir bagi menyampaikan ucapan serta berkesempatan mempengerusikan Sesi Town Hall bersama pemain Industri di Pasir Gudang.

Program yang dianjurkan saban tahun ini adalah salah satu medium perantaraan dan platform bagi mengumpulkan pihak kluster industri bersama pihak pengurusan MBPG untuk saling berkongsi idea berkenaan penyelesaian isu-isu dan permasalahan bagi tujuan penambahbaikan pembangunan industri dan pelabuhan yang inklusif sebagaimana digariskan dalam pelan strategik 2021-2025 MBPG.

Sebanyak tiga tajuk pembentangan telah dibuat bersempena dengan program yang dianjurkan iaitu:

a. Taklimat berkaitan Solar Panel telah disampaikan Puan Adila Azyan binti Ahmad Ishak selaku Ketua Pegawai Eksekutif, United Solar Energy (M) Sdn. Bhd.

b. Taklimat berkaitan Fibre Optic oleh Encik Razali bin Abu Bakar selaku Ketua Digital Infra Group Sdn. Bhd.

c. Taklimat berkaitan Dasar Pemasangan Smart Pole di kawasan industri oleh En. Tony Chua Wye daripada Syarikat Inchz IOT Sdn. Bhd.

Turut hadir menjayakan majlis Yang Berhormat Tn Hj Baharuddin bin Mohamed Taib, Adun Permas dan En. Shahzul Jayawirawan Mohd Yunos selaku Pengarah MIDA Johor serta Ahli-Ahli Majlis MBPG.

#majlisbandarayapasirgudang

#DynamicPasirGudang

#PasirGudangBandarayaIndustridanPelabuhan

img