Langkau ke kandungan utama

30/5/2022 Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) melalui Unit Latihan Sumber Manusia dan Bahagian Audit Dalam Dan Integriti pada pada hari ini telah menganjurkan Program Taklimat Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) kepada seramai 60 orang pegawai daripada pelbagai jabatan di MBPG.

Taklimat telah berlangsung bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari bertempat di Auditorium Dahlia, Aras 3, Menara Aqabah. Di antara objektif program adalah bagi memberi penekanan dan kesedaran secara berterusan mengenai kesalahan menerima rasuah, menawar dan memberi rasuah serta hukuman yang bakal diterima berkaitan dengannya.

YBhg. Tn. Hj Mohd Yusof bin Abd Wahab selaku Timbalan Setiausaha MBPG turut hadir menyampaikan ucapan pembukaan manakala taklimat telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Penolong Pesuruhjaya Mohd Fauzi bin Shadollah, Ketua Cawangan SPRM Batu Pahat, Johor.

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

img