MENU

YBhg. Dato’ Hj Azmi Bin Hj Alias, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor telah melakukan kunjungan hormat ramah mesra pada pagi ini bersama Datuk Bandar Pasir Gudang. Sesi telah berlangsung di Dewan Cempaka, Menara Aqabah, Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Lawatan ini juga adalah bersempena dengan Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2020 Peringkat Negeri Johor yang disambut serentak setiap tahun di seluruh negara dan diseluruh dunia.

Turut hadir timbalannya, Tuan Sheikh Hamadi Bin Sheikh Abd Hamid serta En Ezzuddin Bin Sanusi, Ketua Unit Integriti, Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, En Rosdi Bin Amir selaku Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Negeri Johor dan En. Mohd Syafiq Bin Sarju selaku Penolong Setiausaha, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Kerajaan Tempatan.

Sesi ”Round Table Discussion” bersama-sama rakan strategik HARA telah diadakan dimana beberapa perkara penting telah disentuh bagi tujuan pemerkasaan integriti di peringkat warga kerja PBT negeri Johor.

Pada majlis yang sama, Datuk Bandar Pasir Gudang turut sudi menandatangani Watikah dan menerima QR Code Soal Selidik Hara 2020.

”PBT Perangi Pemberi Rasuah” adalah tema sambutan pada tahun ini.

Lihat Gambar