Langkau ke kandungan utama

23/6/2022 Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) melalui Bahagian Pembangunan Masyarakat pada hari ini telah menganjurkan Sesi Town Hall bertempat di Dewan Serbaguna Taman Mawar.

Sesi Town Hall merupakan salah satu medium pertemuan di antara pihak pengurusan MBPG khususnya YB Dato’ Asman Shah bin Abd Rahman, selaku Datuk Bandar untuk duduk bersama pemimpin masyarakat terdekat bagi saling menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai apa yang telah, sedang dan akan berlaku di Bandaraya Pasir Gudang.

Medium yang sama turut membincangkan secara bersemuka mengenai isu permasalahan yang berbangkit dan seterusnya menentukan jalan penyelesaian yang perlu dan terbaik untuk diambil tindakan bagi tempoh jangkamasa pendek, sederhana dan panjang.

Figura terkenal Datuk Aznil bin Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil telah diundang khas untuk berkongsi inpirasi dan memberi motivasi kepada warga bandaraya yang hadir. Bagi melengkapi program MBPG turut menyediakan pameran-pameran berkaitan Draf Rancangan Tempatan Pasir Gudang 2030, pameran AADK, Maxis, pihak IWK serta Jabatan Kesihatan Awam dan Bahagian Landskap MBPG.

Turut hadir menjayakan Town Hall kali ini adalah Yang Setia Supt. Mohd Suhaimi bin Ishak, Ketua Polis Daerah Seri Alam, En. Mohd Safwan bin Mohd Yani selaku Jurutera JKR, Puan Norhamidah binti Taib, Penolong Jurutera Kanan, Jabatan Pengairan Dan Saliran, Dr Mohd Anwar Sharir bin Ahmad, Pegawai Perubatan dari PKDJB, dan Pegawai Penguatkuasa SWCorp, En. Mohd Fairuz bin Mat Anuar.

#majlisbandarayapasirgudang

#DynamicPasirGudang

img