Langkau ke kandungan utama

Rancangan Tempatan Pasir Gudang 2030 telah dilaksanakan sebagai RT yang baharu bagi menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru & Kulai 2025 (Penggantian) bagi kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang telah diwartakan No. Warta J.P.U 4 Jil.62 No.2  pada 18 Januari 2018. Ini adalah selaras dengan keperluan peruntukan Subseksyen 16(1) dan 16 (3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). RT tersebut merupakan satu dokumen rasmi yang memperincikan perancangan guna tanah bagi seluruh Pasir Gudang sehingga 2030. Perancangan pembangunan RT Pasir Gudang 2030 ini menterjemahkan dasar-dasar dan cadangan umum yang terkandung di dalam Rancangan Struktur Negeri Johor  kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RT ini sedang berlangsung bermula pada 9 Jun 2022 dan berakhir pada 8 Julai 2022, Semakan laporan boleh dibuat pada hari bekerja di:

  1. Pejabat Majlis Bandaraya Pasir Gudang

  2. UTC Pasir Gudang

  3. Pejabat PLANMalaysia@Johor (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor).

  4. Iskandar Regional Development Authority (IRDA)

  5. Pejabat Tanah Johor Bahru

Orang awam atau penduduk setempat dijemput untuk mengemukakan cadangan/maklumbalas kepada semua cadangan yang telah dikemukakan dalam RT tersebut. Semakan laporan juga boleh dibuat secara atas talian (online) melalui kod QR dalam lampiran gambar ataupun melalui pautan https://docs.google.com/forms/d/1DnDjqQxB2DuHMqg-nCAlGx34Ob2dVujPcK8vCielQ5I

Sebarang bantahan atau cadangan boleh dikemukakan ke Pejabat MBPG atau melalui secara atas talian (online) di pautan tersebut di atas sebelum atau pada 8 Julai 2022 .

#majlisbandarayapasirgudang

#dynamicpasirgudang

#rtpg2030