Langkau ke kandungan utama

MAJLIS PERASMIAN LAMAN LESTARI HIJAU MBPG

8 Disember 2024, Majlis Perasmian Laman Lestari Hijau MBPG telah diadakan bertempat di Tapak Semaian MBPG hari ini.

Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang bersama isteri Datin Masrita binti Masnun, Pengerusi Puspanita MBPG. Perasmian melibatkan lawatan YB Datuk Bandar bersama Datin ke setiap plot tapak semaian setiap Jabatan, Bahagian dan Unit MBPG serta penyerahan bakul peralatan semaian dan pertanian.

KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR PASIR GUDANG KE MALAYSIA MARINE AND HEAVY ENGINEERING HOLDINGS BERHAD (MHB)

5 Disember 2024, YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Datuk Bandar Pasir Gudang berkesempatan membuat lawatan ke MHB, Pasir Gudang.

Beliau sempat bertukar pandangan dan idea bersama pihak industri. Lawatan ini juga bertujuan bagi mempererat hubungan di antara MBPG dan pihak industri.

PERTANDINGAN BOLING MBPG BERSAMA MEDIA

25 November 2024, MBPG telah menganjurkan pertandingan boling bersama pengamal media di Leisure Bowl, Leisure Mall.

Penganjuran program tersebut bertujuan untuk mempereratkan hubungan di antara MBPG dan pihak media arus utama. Seramai 17 kumpulan media dan MBPG telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

MBPG menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan media yang telah mengambil bahagian dan memberi sokongan terhadap program yang telah dianjurkan.