SAMBUTAN PERAYAAN DEEPAVALI PERINGKAT PASIR GUDANG
9 November 2024 – Sambutan Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya sentiasa di sambut meriah setiap tahun dikalangan penganut hindu tanah air.
Sambutan di peringkat Pasir Gudang pada tahun ini telah dianjurkan di Dewan Taman Mawar dengan dihadiri oleh kira-kira lebih daripada 500 orang penduduk dan jemputan yang hadir. Pelbagai persembahan kebudayaan yang menarik pelbagai bangsa dan budaya telah ditonjolkan bersempena sambutan bagi edisi kali ini.