23 April 2026, YB Menteri Ekonomi, Yang Berhormat Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir hari ini telah mengadakan lawatan tapak ke kawasan Flat Meranti, Taman Rinting, Masai bagi meninjau pelaksanaan projek di bawah Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) Tahun 2026.
Lawatan tertumpu kepada cadangan projek naik taraf gelanggang sukan serta pembangunan taman permainan kanak-kanak yang dirancang bagi meningkatkan kemudahan dan kesejahteraan komuniti setempat.
Turut hadir Yang Berusaha Encik Ezlan Farid bin Mohd Said, Setiausaha MBPG, Yang Berusaha Encik Abd Majid bin Sapihe, Timbalan Setiausaha MBPG serta pengarah-pengarah MBPG.
YB Menteri Ekonomi turut berkesempatan berinteraksi bersama penduduk dan pemohon bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas secara langsung, di samping meneliti keperluan sebenar komuniti agar pelaksanaan projek dapat memberi impak yang optimum.
Sebagai pihak berkuasa tempatan, MBPG memainkan peranan penting dalam aspek penyelarasan, pemantauan serta pelaksanaan projek bagi memastikan kemudahan awam yang dirancang dapat direalisasikan dengan teratur, selamat dan mengikut keperluan penduduk setempat.