Langkau ke kandungan utama

MBPG sangat komited dengan pembersihan longkang-longkang monsun bagi mengelakkan berlakunya limpahan air ke tebing-tebing longkang. Pembersihan yang dilakukan secara menyeluruh dengan membuat pembersihan pokok dan rumput di tebing longkang dan menyebabkan aliran air menjadi tidak lancar.

Pokok-pokok liar yang tumbuh di tebing longkang monsun boleh menyebabkan longkang monsun tersebut pecah dan sisa-sisa batu tersebut menyekat aliran air dan seterusnya berlaku limpahan air dan banjir di kawasan berdekatan dengan longkang monsun tersebut.

Setelah MBPG dinaiktaraf ke sebuah Bandaraya, perkhidmatan perbandaran yang Dinamik sangat ditekankan untuk memastikan Pasir Gudang menjadi sebuah Bandaraya yang Bersih dan Sejahtera.

MBPG turut menubuhkan Pasukan Petugas Khas (2PK) bagi memantau dan membuat kerja-kerja krtikal yang memerlukan tindakan segera dalam kawasan pentadbiran MBPG. Dengan adanya 2PK ini, sebarang permasalahan dan aduan akan dapat dilaksanakan dengan segera.

Pasir Gudang Bandar Raya Industri dan Pelabuhan

img