Langkau ke kandungan utama

PERTANDINGAN CIPTA LAGU MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

PENYERTAAN 
1. Terbuka kepada mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas. 
2. Terbuka kepada semua mereka yang tinggal atau bekerja/ belajar di dalam Pasir Gudang. 
3. Warga kerja Majlis Bandaraya Pasir Gudang adalah dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini KECUALI Pihak Urus setia pertandingan adalah TIDAK DIBENARKAN.

SYARAT PERTANDINGAN 
1. Karya lagu dan lirik adalah karya terkini dan hak cipta yang ditulis sendiri oleh peserta. 
2. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu sahaja penyertaan bagi setiap individu. 
3. Penciptaan lagu di definisikan sebagai lagu dan lirik. 
4. Durasi lagu adalah tidak melebihi 2 minit 30 saat. 
5. Penilaian akan diberikan kepada aspek kreativiti melodi dan lirik lagu. 
6. Lirik hendaklah bertemakan Pasir Gudang (rujuk syarat No.7) tanpa menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan politik serta fungsi utama MBPG. 
7. Tema lirik perlu berkonsepkan Visi Pelan Strategik MBPG 2021-2025 iaitu : 
- "PASIR GUDANG BANDARAYA SEJAHTERA, PINTAR DAN RENDAH KARBON MENJELANG 2025". 
- Boleh juga memasukkan elemen-elemen seperti berikut : 
i) Motto MBPG iaitu ''GEMILANG, LESTARI dan SEJAHTERA". 
ii) "DYNAMIC PASIR GUDANG". 
iii) Apa sahaja yang berkaitan dengan Pasir Gudang seperti Mercu Tanda/ Trademark/ Signature/ Persekitaran dan lain-lain.

ELEMEN LIRIK 
1. Bertemakan Pasir Gudang (seperti di syarat No.7). 
2. Mengandungi 4 atau 5 rangkap perenggan. 
3. Ulangan korus sebanyak 2 kali. 
4. Durasi lagu tidak melebihi 2 minit 30 saat. 
5. Penggunaan ayat yang tidak terlalu panjang. 
6. Lirik lagu tidak mempunyai unsur-unsur perkauman, politik dan agama.

PENGHANTARAN PENYERTAAN 
1. Borang dimuatnaik melalui qr code di dalam poster iklan yang disediakan. 
2. Iklan boleh diperoleh di laman sesawang rasmi MBPG dan facebook MBPG atau hadir ke pejabat MBPG. 
3. Borang perlu dihantar menggunakan 'google form' yang disediakan dengan memuatnaik  dokumen penyertaan dalam bentuk bahan yang di tetapkan.

HAK CIPTA 
1. Setiap karya yang dihantar berhak diguna, disiar atau dicetak oleh MBPG di dalam apa-apa jua bentuk media tanpa perlu izin rasmi peserta. namun hak cipta karya tetap di tangan peserta/pencipta. 
2. Lagu ciptaan yang terpilih akan menjadi hak milik MBPG. MBPG juga mempunyai hak untuk menyunting, mengubah suai, menghasilkan semula, mengedar atau menyiarkannya untuk tujuan rasmi dan menarik balik mana-mana peraturan tanpa sebarang notis.

TARIKH TUTUP 
Penyertaan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2022 (khamis) jam 3.30 petang. sebarang penyertaan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

HADIAH PERTANDINGAN 
1 Hadiah UTAMA : RM5,000.00 
(Plak + Sijil Penyertaan)

5 Hadiah SAGUHATI : RM500.00 
(Plak + Sijil Penyertaan)