JOM JUMPA RAKYAT MBPG DI KIPMALL MASAI, TAMAN BUKIT DAHLIA.
7 September 2024, MBPG menyediakan kemudahan perkhidmatan secara bergerak kepada komuniti di sekitar Kipmall Masai, Taman Bukit Dahlia. Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan sepanjang program berlangsung antaranya Cukai, Lesen, Permit, Kompaun, Sispaa, Kitar Semula Pandu Lalu dan Sewaan.
MBPG mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir sepanjang program berlangsung! Semoga kita berjumpa lagi di siri Jom Jumpa Rakyat yang akan datang.
KERONCONG MBPG JOHAN MALAYSIA INTERNATIONAL KERONCONG COMPETITION 2024 (MIKC)
MERDEKA 'COUNTDOWN' PASIR GUDANG 2024
30 Ogos 2024, Merdeka 'Countdown' peringkat Pasir Gudang 2024 meriah disambut dengan kunjungan warga Pasir Gudang memenuhi Bukit Layang Layang, Pasir Gudang.
Dengan pelbagai acara dan persembahan dari artis-artis jemputan, laungan kemerdekaan sebanyak 3 kali oleh Yang Berhormat Dato' Asman Shah bin Abd. Rahman, Datuk Bandar Pasir Gudang tepat jam 12 malam mengiringi Sambutan Ambang Kemerdekaan. Majlis turut diserikan lagi dengan percikan bunga api. MBPG mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan warga Pasir Gudang yang telah memeriahkan malam Merdeka 'Countdown'.
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-67 PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU
31 Ogos 2024, Kontinjen perarakan dan perbarisan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) berjaya merangkul Johan bagi beberapa kategori semasa Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Daerah Johor Bahru pagi tadi.
Antara kategori tersebut adalah;
1. Johan Pakaian Dan Uniform Terbaik Kategori Jabatan Kerajaan
2. Johan Perbarisan Terbaik Kategori Jabatan Kerajaan
3. Johan Keseluruhan Majlis Perbarisan Dan Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Johor Bahru 2024
CABUTAN BERTUAH CUKAI HARTA MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG 2024
27 Ogos 2024, telah berlangsung serahan hadiah cabutan bertuah cukai harta kepada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga yang bertempat di Air Terjun Dinamik Pasir Gudang. Disampaikan oleh Ketua Whip MBPG, Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Amin bin Ahmad dan diiringi oleh Setiausaha MBPG, Puan Nurul Ashikin binti A.Jabar dan Timbalan Setiausaha MBPG, Tuan Haji Abdul Malek bin Mohamed.