Langkau ke kandungan utama

SENTUHAN PRIHATIN, JASA DAN BAKTI TETAP DIHARGAI

22 Oktober 2026, YB Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang, hari ini meluangkan masa menziarahi Encik Mohammed bin A. Rahman, pesara MBPG, di kediaman beliau, Taman Air Biru.

Lawatan tersebut turut diiringi oleh Yang Berusaha Encik Ezlan Farid bin Mohd Said, Setiausaha MBPG dan Puan Hajah Noorhayati binti Sarmoen, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MBPG, sebagai tanda keprihatinan serta penghargaan atas jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang 41 tahun berkhidmat bersama MBPG.

OPERASI BERSEPADU: 4 PREMIS INDUSTRI DIKENAL PASTI UNTUK TINDAKAN LANJUT BERHUBUNG PENEMPATAN PEKERJA TANPA PERAKUAN PENGINAPAN

21 Oktober 2026, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melaksanakan Operasi Bersepadu di sekitar Jalan Sagai, Taman Pasir Putih dan kawasan perindustrian Pasir Gudang.

Operasi ini melibatkan pemeriksaan terhadap empat premis industri bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan berkaitan penempatan pekerja dan syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

SESI TOWNHALL MBPG BERSAMA PENDUDUK JALAN GUNUNG SERI ALAM

9 Oktober 2026, MBPG telah mengadakan Sesi Townhall Bersama Penduduk Jalan Gunung, Bandar Seri Alam di Dewan Muafakat Jalan Gunung bagi membincangkan isu penempatan dan pemasangan tower crane berhampiran kawasan perumahan, khususnya berkaitan keselamatan, kedudukan peralatan pembinaan serta kemungkinan kesannya terhadap persekitaran kediaman berhampiran projek pembinaan sebuah blok rumah pangsa sederhana di Jalan Gunung 1, Bandar Seri Alam.

JMF FC JUARA PIALA FA LIGA BANDARAYA PASIR GUDANG 2026

7 Oktober 2026, Perlawanan Akhir Piala FA Liga Bandaraya Pasir Gudang 2026 berlangsung di Stadium Bola Sepak MBPG, Pasir Gudang dengan pertembungan antara Johor Port FC dan JMF FC.

JMF FC berjaya muncul juara selepas menewaskan Johor Port FC dengan keputusan 3–2, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000.00. Johor Port FC selaku naib juara menerima RM2,000.00.

HARI CUCI MALAYSIA PASIR GUDANG, SEMARAK BUDAYA KEBERSIHAN BERSAMA

26 September 2026, Program Hari Cuci Malaysia Peringkat Pasir Gudang 2026 berlangsung di Dewan Muafakat Jalan Gunung, Bandar Seri Alam dengan penglibatan warga kerja, Ahli-Ahli Majlis MBPG, agensi kerajaan, pihak industri, institusi pendidikan, komuniti setempat serta rakan strategik.

Program dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Ezlan Farid bin Mohd Said, Setiausaha MBPG, selaku wakil rasmi Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang.