MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS SETIAUSAHA MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG
11 November 2025, MBPG hari ini telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang bertempat di Dewan Cempaka, Aras 20, Menara Aqabah.
Majlis ini menyaksikan penyerahan tugas antara Puan Nurul Ashikin binti Haji A. Jabar, Mantan Setiausaha MBPG yang kini dilantik sebagai Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, dan Encik Ezlan Farid bin Mohd Said sebagai Setiausaha Majlis Bandaraya Pasir Gudang yang baharu.