Skip to main content

FUNGSI UTAMA JABATAN ;

Jabatan Penguatkuasaan menjalankan tanggungjawab dan memastikan Undang-undang yang diperuntukan dilaksanakan dan dipatuhi bagi mencapai matlamat untuk memperkasa komuniti dan menjadikan Pasir Gudang selesa didiami dengan menyediakan kemudahan awam dan perkhidmatan Majlis Bandaraya Pasir Gudang melalui Pengurusan Cemerlang Perkhidmatan Gemilang.

 

 Perkara-perkara yang diambil kira adalah seperti berikut:

a.  Melaksanakan pengutkuasaan undang-undang yang diperuntukkan kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang

b . Mengambil tindakan terhadap aduan awam yang diterima

c.  Memastikan setiap bentuk perniagaan mestilah berlesen

d.  Mengambil tindakan terhadap penjaja tanpa lesen

e.  Memastikan iklan tanpa lesen diambil tindakan

 f.  Mengambil tindakan terhadap halangan dan kacauganggu awam 

g.   Memastikan setiap halangan lalu lintas dan aduan berkenaan kenderaan terbiar diambil tindakan

Dalam menjalankan tanggungjawab tersebut, Jabatan Penguatkuasaan telah memastikan setiap tindakan yang dilaksanakan mengikut manual prosedur yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses perjalanan operasi Jabatan Penguatkuasaan.